Search This Blog

Friday 27 February 2015

"BORNEO" Nama Diberi


Borneo merupakan pulau ketiga terbesar di dunia. Ianya dikelilingi oleh Laut China Selatan di utara dan barat laut. Di bahagian timurnya pula menghampar Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Selat Makasar. Di bahagian selatan Borneo pula adalah Laut Jawa dan Selat Karimata. Pulau Borneo juga di sebelah baratnya adalah Semenanjung Malaysia dan Sumatera dan di sebelah selatan adalah Jawa manakala di sebelah timur adalah Sulawesi dan timurnya pula adalah Filipina.
Dengan keluasannya iaitu 743,330 km persegi, Pulau Borneo merupakan pulau terbesar di Nusantara dan pulau Borneo terdiri daripada 4 negara iaitu Sarawak dan Sabah yang dikenali sebagai Malaysia Timur. Sarawak dan Sabah berserta Semenanjung Malaysia adalah negara pembentuk Gagasan Malaysia. Kalimantan pula merupakan salah satu daripada wilayah Republik Indonesia. Manakala Negara Brunei Darussalam merupakan satu lagi negara yang juga lokasinya terletak di Pulau Borneo.
Di Borneo inilah terletaknya Gunung Kinabalu, Sabah, Malaysia iaitu merupakan puncak tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4,095 meter dari aras permukaan laut. Gunung Kinabalu ini bukan sahaja puncak tertinggi di Malaysia malah ianya juga merupakan puncak ketiga tertinggi di Asia Tenggara. Selain daripada jika dilihat daripada sungainya pula Sungai Kapuas yang terletak di Kalimantan Barat merupakan sungai yang terpanjang di Republik Indonesia manakala Sungai Rejang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia.
Inilah Pulau Borneo yang gah namanya daripada puncak tertinggi sehingga ke sungai-sungainya yang panjang. Selain daripada Pulau Borneo juga mempunyai seribu satu lagi keindahan baik daripada segi budaya dan warisannya yang tidak pernah ada di tempat lain di seluruh dunia. Borneo Nama Diberi… itulah tajuk artikel pada kali ini sebagai satu perkongsian informasi untuk kita semua. Ini kerana dunia mengetahui bahawa Pulau Borneo ini adalah antara nama pulau yang mempunyai paling banyak panggilannya suatu waktu dahulu. Bersama-samalah dengan Borneo Oracle untuk menjelajahi apakah nama-nama bagi Pulau Borneo dari dahulu sehinggalah sekarang.

Po-Li / Po-Lo / Po-Ni / Bun-Lai

Menurut catatan daripada pengembara dari Tembok Besar China sekitar abad ke 8 hingga 9, Borneo dicatatkan sebagai Po-Li atau Po-Lo atau Po-Ni atau Bun-Lai. Di ketika itu dicatatkan juga bahawa di Borneo sudah pun mempunyai banyak peradaban iaitu kerajaan kuno negeri yang juga mempunyai hubungan perdagangan dengan saudagar dari Tembok Besar China.

Chua Jui Ka

Pada tahun 1225 seorang penjawat dari Tembok Besar Negara China yang datang ke Borneo pernah mencatatkan di dalam jurnal perjalanan yang merujuk Borneo sebagai Chua Jui Ka.

Suvarnadyipa

Jika Suvarnabhumi yang bermaksud Tanah Emas adalah merujuk kepada Semenanjung Asia Tenggara termasuk Burma dan Semenanjung Thai dan juga Semenanjung Malaysia suatu waktu dahulu. Suvarnadyipa pula yang bermaksud Kepulauan Emas adalah merujuk kepada kepulauan-kepulauan sekitaranya dan ini termasuk Pulau Borneo suatu waktu dahulu. Ini termasuklah Sumatera dan Jawa seperti di kawasan tanah tinggi Minangkabau dan Borneo yang sememangnya kaya dengan perlombongan emas yang diusahakan secara kaedah primitif suatu waktu dahulu. Nama Suvarnadyipa itu adalah ketika Borneo rata-ratanya wilayahnya adalah di dalam pengaruh empayar besar Srivijaya. Nama Suvarnadyipa ini juga digunakan di dalam teks-teks kuno Hindu dan Pulau Chryse yang merujuk kepada empayar Srivijaya yang kewujudannya adalah pada abad ke-7 sehingga ke-11.

Bona Fortuna

Asal nama Bona Fortuna ini adalah daripada bahasa Itali yang bermaksud bernasib baik atau Good Luck di dalam bahasa Inggeris. Bona Fortuna ini adalah merujuk kepada perjalanan bangsa Eropah yang telah masuk ke kawasan pendalaman di Pulau Borneo yang penuh dengan kekayaan fauna dan flora malah juga binatang-binatangnya yang unik yang tidak seperti di tempat lain.

Boni

Menurut sumber-sumber dokumen sejarah bangsa Cina juga menunjukkan bahawa Borneo juga dikenali sebagai Boni. Ini kerana hubungan diplomatic terawal di Borneo dengan negara China dicatatkan sudahpun terjalin sejak kewujudan Negara Brunei yang wujud pada sekitar abad ke-7 seperti yang dicatit di dalam Taiping Huanyuji (978M). Namun begitu pada ketika itu Negara Brunei diperintah oleh raja-raja yang mempunyai pengaruh Hindu dan beragama pagan.

Bornei

Sekitar abad ke-14 hampir keseluruhan bumi Borneo dikuasai oleh empayar Brunei dan pada ketika itu. Zaman ini adalah apa yang dipanggil zaman kegemilangan Sultan Bolkiah iaitu sultan ke-5 Kesultanan Brunei Darussalam. Nama Bornei ini merujuk kepada satu catatan yang direkodkan oleh Ludavico di Varthema yang datang di Borneo pada tahun 1550.
"We arrived at the island of Bornei which is distant from the “Maluch” about two hundred miles, and we found that it was somewhat larger than the aforesaid and much lower. The people are pagans and are men of goodwill. Their colour is whiter than that of the other sort....in this island justice is well administered..."

Kalimantan

Suatu waktu dahulu Borneo juga dikenali sebagai Kalimantan. Namun begitu persoalan nama Kalimantan itu berkisar kepada wilayah yang ada di Pulau Borneo sekarang. Mengikut sejarah sekarang Kalimantan adalah dibawah Republik Indonesia manakala Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia dan Negara Brunei sebagai satu negara yang lain dan keempat-empatnya terletak di Pulau Borneo.
Jika dirujuk kepada asal nama Kalimantan atau Klemantan sebenarnya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu Kalamanthana. Kalamanthana itu bermaksud pulau yang udaranya sangat panas kerana pulau Borneo dikelilingi oleh lautan dan selat di mana-mana bahagian. Penduduk asli Pulau Borneo yang rata-ratanya masyarakat etnik Dayak pulak memanggilnya Klemantan atau Quallmontan yang akhirnya mempertuturkannya menjadi Kalimantan.
Namun begitu, kita mengetahui bahawa wilayah yang dikenali sebagai nama Kalimantan sekarang juga mempunyai beberapa kerajaan kuno yang gah suatu waktu dahulu dan jajahan kerajaan kuno ini juga ada yang mencakupi wilayah Sabah mahupun Sarawak sekarang.
Ketika kegemilangan empayar Singhasari ianya disebut sebagai Bakulapura iaitu jajahan takluk empayar Singhasari di sebelah barat daya Pulau Borneo. Bakula mengikut bahasa Sanskrit bererti pohon tanjung atau nama saintifiknya Mimusops elengi. Bakulapura juga dipanggil Tanjungpura yang bermaksud kerajaan-kerajaan yang wujud di kawasan yang ada banyak pohon Tanjung.
Di ketika dibawah Kerajaan Majapahit pula Pulau Borneo juga disebut sebagai Tanjung Nagara seperti yang diceritakan di dalam Kekawin Nagarakretagama yang ditulis oleh Empu Prapanca pada tahun 1365 yang merujuk wilayah Tanjung Nagara adalah mencakau sehingga ke Saludung iaitu nama lama Manila dan juga Kepulauan Sulu.
Menurut Hikayat Banjar yang ditulis pada tahun 1663 pula, Kalimantan dirujuk sebagai Hujung Tanah. Nama Hujung Tanah ini lebih mengarah kepada bahagian timur Pulau Borneo sekarang kerana disinilah banyak kerajaan-kerajaan negeri yang menjadi penghantar ufti kepada Kerajaan Banjar suatu waktu dahulu.
Mengikut satu naskah yang dipanggil Ramalan Prabu Jayabaya yang ditulis sewaktu berdirinya Kerajaan Kadiri (Pajalu). Teks Jawa Kuno ini mengisahkan sesuatu yang akan terjadi di masa hadapan dan ianya menyebut Borneo sebagai Nusa Kencana.

Borneo

Nama Borneo itu sebenarnya wujud pada abad ke-15 iaitu ianya merujuk kepada sebuah pohon yang dinamakan Borneol. Di dalam bahasa saintifiknya adalah Dryobalanops camphora yang juga dikenali sebagai pohon kapur untuk mengeluarkan kapur barus. Pohon ini banyak terdapat di Borneo pada waktu itu dan ianya sememangnya antara tarikan bangsa Eropah untuk mengunjungi Pulau Borneo memandangkan pohon Borneol yang mengeluarkan kapur barus adalah antara produk utama di dalam penghasilan minyak wangi. Akhirnya pelat bahasa Eropah digunakan yang menyebabkan sebutannya menjadi Borneo.
Dan ada juga catatan yang mencatatkan bahawa perkataan Borneo itu merujuk kepada Brunei atau Baruni yang juga merupakan empayar besar di Borneo pada waktu itu. Akhirnya pelat bangsa Eropah menjadikan ianya dipanggil Borneo.
Inilah sekelumit ruang informasi di dalam kita cuba mengenali nama Borneo iaitu satu pulau yang ketiga terbesar di dunia dan Sabah, Sarawak, Negara Brunei dan Kalimantan adalah wilayah-wilayah yang berada di Pulau Borneo sekarang. Pulau Borneo yang sememangnya mempunyai banyak nama-nama sejak dari dahulu lagi iaitu melalui apa yang dicatatkan di dalam manuskrip sejarah kuno daripada pelbagai bangsa di dunia. Ketahuilah ia sebagai sumber wacana ilmu untuk kita.

Legenda buaya Bujang Senang







*Gambar sekadar hiasan

Jika disebut Buaya Bujang Senang sudah semestinya seseorang itu akan menggambarkan seekor buaya yang bersaiz besar dan juga terkenal dengan serangannya ke atas manusia lebih-lebih lagi di sepanjang Sungai Batang Lupar, Sri Aman, Sarawak. Namun begitu berapa ramaikah yang mengetahui bahawa ada cerita mitos mengenai apa itu buaya keramat bernama bujang senang mengikut cerita-cerita masyarakat setempat yang mendiami sekitar persisiran Sungai Batang Lupar. Mungkin cerita legenda buaya bujang senang ini adalah cerita sebenar yang kemudian ditokok tambah bagi mengindahkan penceritaan hanya Yang Maha Esa sahaja mengetahui halnya. 

Diriwayatkan melalui cerita lisan orang tua-tua di dalam masyarakat Iban yang mendiami kawasan sekitar Sungai Skrang Sarawak, beratus-ratus tahun dahulu ketika adat ngayau atau adat memburu kepala masih lagi diamalkan di dalam masyarakat pribumi telah gah seorang pahlawan Iban yang bernama Lungu. Pahlawan Lungu ini diceritakan sebagai seorang pahlawan yang hebat terutama sekali sewaktu beliau menyertai ekspedisi mengayau kerana menyebut namanya sahaja musuh sudah gerun, Dikatakan bahawa Lungu telah banyak membunuh dan juga memotong kepala musuhnya dan kehebatannya bukan sahaja di kawasan sekitar Sungai Skrang namun sehingga ke Batang Lupar. Diceritakan juga bahawa Lungu ini kebal iaitu tidak lut senjata dan kerana itulah beliau di dalam setiap peperangan dengan mudah membunuh musuhnya dan tiada tercalitpun kesan kecederaan pada dirinya. Perkara akan hal kebalnya pahlawan Lungu ini telah menyebabkan musuh-musuhnya bertekad untuk mencari kelemahannya agar mudah mereka membunuh pahlawan Lungu ini kelak.

Pada satu ketika, maka bertekadlah musuh-musuh Lungu untuk menculik isteri kesayangan Lungu dan diharap dengan menculik isterinya maka dapatlah mereka mengetahui kelemahan pahlawan Lungu. Isteri kesayangan Lungu telah diculik dan disembunyikan di suatu kawasan tidak jauh daripada Sungai Batang Lupar. Apabila mengetahui bahawa isterinya telah diculik maka marahlah Lungu dan beliau dengan seorang diri telah mengejar penculik-penculik isterinya sehingga ke Sungai Batang Lupar. Seketika di dalam penculikan itu, isteri Lungu telah diseksa oleh musuh-musuh Lungu demi mendapatkan rahsia kekebalan Lungu. Dek kerana tidak tertahan kepada keseksaan tersebut, isteri Lungu telah secara tidak sengaja membuka rahsia bagaimana untuk menewaskan Lungu. Setelah mengetahui rahsia kelemahan Lungu, musuh-musuh Lungu dikatakan telah melepaskan isteri Lungu namun apabila isteri Lungu terlerai dari ikatan tali pada tangannya, dimasa beliau berlari maka pihak musuh Lungu telah membaling tombak ke arah badan isteri Lungu maka matilah isterinya yang tidak berdosa itu.


Lungu yang melihat pembunuhan isterinya itu telah naik radang lalu bertarung dengan musuh-musuhnya. Namun sayangnya tanpa Lungu sedari bahawa rahsia kekebalannya telah bocor di tangan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Lungu dengan sengaja mengajak Lungu untuk bertarung dekat dengan air sungai kerana dikatakan kekebalan Lungu tidak menjadi sekiranya dia memijak air sungai ataupun bertarung di dalam sungai. Lungu yang sudah marah dan hanya ingin menuntut bela atas kematian isterinya yang dicintai sudah tidak mengindahkan pantangnya lagi dan terus bertarung. Akhirnya musuh-musuh Lungu berjaya membaling tombak dan kemudiannya Lungu tewas, Tidak cukup dengan kematian Lungu yang luka parah akibat ditombak, jasad Lungu juga disula terbalik dan mayat Lungu dan isterinya dibiarkan di tepi Sungai Batang Lupar agar ianya tenggelam dan dibawa oleh arus sungai yang deras apabila air pasang kelak.

Diriwayatkan bahawa mayat kedua-dua pasangan suami isteri iaitu Lungu dan isterinya setelah air pasang telah bertukar menjadi 2 ekor buaya besar. Salah seekor buaya besar ini mempunyai tanda belang putih dibelakangnya dan inilah yang dikenali sebagai Bujang Senang. Mengikut cerita orangtua, buaya Bujang Senang ini telah bersumpah akan menuntut bela atas kematian mereka dengan akan menjadikan setiap generasi yang berkaitan dengan musuh-musuh yang telah membunuh mereka sebagai korban. Sehingga sekarang masyarakat setempat di sekitar Sungai Batang Lupar masih lagi mempercayai bahawa buaya Bujang Senang itu tidak mati kerana dia adalah buaya keramat penghuni Sungai Batang Lupar. 

Inilah sekelumit cerita legenda buaya Bujang Senang yang amat terkenal di Sarawak perkongsian bersama daripada Borneo Oracle untuk pembaca sekalian. Ramai manusia yang telah menjadi mangsanya dan kita masih lagi tidak mengetahui samada benar atau tidak bahawa Bujang Senang telah pun terkorban seperti yang diwar-warkan pada tahun 1992. Allahualam.

Trick: WINDOWS 8 - Share Laptop/Desktop Internet Connection

1. BAHAN-BAHAN

►Internet Connection (Sama ada Dial Up Connection atau Lan Internet Connection)
►Built In Wifi (hampir semua laptop ada) atau External Wifi adapter (Desktop yang tak ada Built in Wifi) yang support sharing ability.
►Laptop/Desktop
►Otak

2. CARA-CARA UNTUK MENGETAHUI WIFI CARD LAPTOP/DESKTOP TUAN SUPPORT SHARING ABILITY KE TAK

►Right-click bahagian bawah-kiri dan click "Command Prompt (Admin)"
►Kemudian taip

netsh wlan show drivers
►Tekan ENTER
►Sekarang cari "Hosted Network Supported", jika YES maka Wifi card tuan support sharing ability, jika NO sebaliknya lahh..



3. CREATE WI-FI HOTSPOT

►Taip

netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=nameOfwifiHotspot key=yourpassword
Nota: Tukar perkataan "nameOfwifiHotspot" kepada nama network yang anda suka, cth,binimatyowifi dan tukar perkataan "yourpassword" kepada password yang akan digunakan untuk connect ke network tersebut, cth, lakidayus01
►Tekan ENTER



4. ON WI-FI HOTSPOT TERSEBUT

►Taip

netsh wlan start hostednetwork


►Tekan ENTER

5. SHARING "INTERNET CONNECTION"

►Bukak "networking and sharing center"

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1239x369.


►Kemudian klik "Change adapter settings" dibahagian kiri-atas

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 841x313.


Nota: Wifi Hotspot yang tuan buat tadi ada simbol * seperti contoh di atas "Local Area Connection* 21

►Seterusnya right-click connection (yang ada internet) yang anda nak sharekan sama ada dial-up, local area network atau broadband anda, dan klik "properties"
►Pergi ke "sharing" dan tick “Allow other network users to connect through this pc internet connection” dan dibawahnya ada dropdown menu, pilih Wifi Hotspot yang bersimbol * yang tuan buat tadi



►Klik OK

6. SIAP

►Sekarang smarphone tuan dah boleh connect internet dari PC/Laptop tuan menggunakan password yang tuan buat tadi.
►Selamat mencuba.

7. STOP

►Untuk stop connection, taip

netsh wlan stop hostednetwork
►Tekan ENTER

8. TAMBAHAN

►Untuk menyenangkan kita di kemudian hari:
  • copy code step 3 & 4 dan paste di "text document" dan save ke dalam format batch file (.BAT) cth: startwifi.BAT
  • copy code step 7 dan paste di "text document" dan save ke dalam format batch file (.BAT)cth: stopwifi.BAT

►Lepas ON laptop, untuk start wifihotspot, hanya double-click "startwifi.BAT" yang tuan save tadi dan tak perlu nak taip-taip bagai. (Kalau keluar pop-up "windows need your permission to continue", click "continue")

►Untuk stop wifihotspot, double-click "stopwifi.BAT" yang tuan save.(Kalau keluar pop-up "windows need your permission to continue", click "continue")

Rakaman mangsa lemas banjir di Che Bru


Rakaman mangsa lemas banjir di che bru.. dapat dari whatsapp